Thursday, December 26, 2019

fce3401 teknologi pendidikan

MINGGU PERTAMA 11/9/2019
Salam sejahtera untuk semua. Blog ini dicipta untuk pengenalan FCE3401 TEKNOLOGI PENDIDKAN, FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Nama saya Carrie Ann Lee Jia Chin dan no matrik 195362. Saya mengambil jurusan dalam BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA (SRT). Saya kini berada di tahun 3 semester 5. subjek ini diajar oleh Prof.Madya Dr.Ahmad Fauzi bin Mohd Ayub dalam kelas teori iaitu setiap hari isnin manakala amali diajar oleh Puan Kasma Azizan.  Subjek ini sangat menyeronokkan kerana amali diajar di Putra Future Classroom ( PFC ) di blok I dimana PFC ini dirasmikan pada 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB DR. MASZLEE BIN MALIK. Kami pelajar-pelajar dari Fakulti Pengajian Pendidikan berasa sangat beruntung dapat menikmati segala kemudahan dan kesenangan yang diberikan kepada kami.  Kemudahan dan fasiliti yang ada termasuklah kemudahan unifi, televisyen skrin nipis 7 buah, komputer berjenama apple dikenali sebagai iMac 2 buah, set meja belajar alaf baru serta ruang untuk berehat dan membuat ulangkaji dan perbincangan. Diharapkan agar para pelajar yang menggunakan kemudahan yang ada ini menggunakan sebaik mungkin dan menanam sifat sederhana apabila menggunakan fasiliti yang ada. Pada minggu pertama perjumpaan, Pn Kasma memberikan task pertama iaitu membuat RPH dan menyuruh kami untuk memilih ahli kumpulan masing-masing serta memberikan tema dalam membuat assignment. Kumpulan saya mendapat topik piktorial dan kumpulan kami memilih tema Doodle art. seterusnya, Puan Kasma menayangkan beberapa contoh untuk membuat rph dengan baik dengan menggunakan kaedah assure. kaedah ASSURE INI IALAH :
A-ANALYSIS LEARNER (ANALISIS MURID)
S-STATE OBJECTIVE (NYATAKAN OBJEKTIF)
S-SELECT MEDIA AND MATERIAL (PEMILIHAN MEDIA DAN BAHAN)
U-UTILISE MEDIA AND MATERIAL (PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN)
R-REQUIRE LEARNER PARTICIPANTS (PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN)
E-EVALUATION/REVIEW (PENILAIAN/SEMAK SEMULA BAHAN). Selepas selesai melihat contoh-contoh RPH yang baik dan contoh-contoh kesalahan dalam menyediakan RPH, kami telah diberikan tugasan untuk menilai RPH yang diberikan oleh Puan. setelah selesai penilaian, kami diminta untuk menerangkan tentang kesalahan-kesalahan itu di hadapan kelas. Aktiviti ini sangatlah baik memandangkan kami bukan sahaja belajar secara teori tetapi sekali gus diberikan pengalaman sebenar dalam menyediakan RPH. Pada pukul 6 petang  kelas amali bersurai. 

Nama ahli kumpulan : NOR ‘AIIN BINTI FAZIL (193865)
                                 NOOR AMIRATUL FIRDAUS BINTI MD SAAD (193864)
                                 MUHAMMAD AMIRUL RIDUAN BIN ARIFFIN (194286)
                                 FATIMAHTUL SARAH BINTI MOHD AMAR (193074)
                                 NUR HIDAYAH BINTI MANSOR (194288)
                                 CARRIE ANN LEE JIA CHIN (195362)

Minggu 2 18/9/2019 

Tiada kuliah dan amali dijalankan disebabkan cuti jerebu. IPU di Malaysia mencecah 400 indeks dan sangat membahayakan kesihatan. jadi UPM bagi cuti kecemasan kepada semua murid dan kelas ganti juga akan menanti kami. hehehehehe. 

minggu 3 25/9/2019

takde kelas disebabkan digantikan ke hari jumaat pada 11 oktober malam. 

minggu 4 2/10/2019

pada minggu ini kami bentang RPH setiap kumpulan masing-masing dan Puan Kasma menilai dan memperbetulkan RPH kami kumpulan. yang salah kami betulkan. puan kasma juga memberi email dia kepada kami untuk menghantar rph masing-masing manakala dr fauzi membuka satu forum pada 28 oktober 2019 untuk kami menghantar RPH. 

Minggu 5 9/10/2019

pada minggu ini kami sangat seronok sebab kami telah mempelajari benda baru iaitu metaverse dan hp reveal. HP REVEAL dan METAVERSE. Siapa tahu??!! Apps ni adalah antara apps yang telah diperkenalkan dalam kelas amali harini. enjoy sangat gunakan teknologi baru and belajar benda baru. HP REVEAL ni mcm kita nak real kan benda yang x real. Untuk apps METAVERSE pulak, apps ni sgt membantu kalau kita nak buat soalan-soalan untuk students nanti tambah-tambah untuk catch their attention.. memang sangat menarik.

 minggu 6 16/10/2019 

Harini kami sediakan cara-cara dan peraturan dalam permainan boardgame kami nanti. sabarnya nak buat boardgame ni sebab saya sendiri pun tak pernah main lagi. setiap kumpulan juga memberi arahan untuk membuat board game dan arahan boargame serta soalan yang akan dikemukakan. 

                                                               minggu 7 23/10/2019

Harini kita belajar mcm mana nak buat video yang terbaik. Meh nak share tips yang saya dapat dalam kelas. 

BEST VIDEO FOR BEGINNER:
  • Plan your content
  • Pick the right background
  • Don't need new camera
  • Avaid using camera's mic
  • Use the right lighting
  • Film in a small segment
  • Brush up on composition rules
  • Push your videos out into the world
Seterusnya, kelas diminta untuk pilih satu video untuk ditonton dan kemudian refleksi untuk apa yang disukai dan tidak disukai drpd video itu. Akhir sekali, saya dan ahli kumpulan merancang video kami dan dibentangkan di depan.

minggu 9 

takda kelas memandangkan puan kasma ada hal

minggu 10 

minggu ini kami ada kelas dengan workship design thinking dan sangat menyeronokkan. dan pada masa ini juga orang-orang workshop mengajar kami untuk menjadi seorang yang kreatif. kami juga diarahkan untuk membuat board game dan dibentangkan di depan mereka.

MACAM MANA NAK HASILKAN PRODUK?
  1. Empathize : put yourself in someone else's shoes
  2. Define : why why why like that like this
  3. Ideate : cari solution to achieve vision. *tips : penting untuk kita cari idea instead of jumping into a solution terus.
  4. Prototype : a rough draft
  5. Test : tgk feedback for improvement
Mock up
- cheap, fast to do, full scale, revisable

Model
- any scale necessary, exact proportion, aesthetically, presentable

Prototype
- full scale, function as product, aesthetically, presentable

minggu 11 

Ok minggu 11 ni biasa je sebab kami berbincang untuk menyiapkan segala project berkaitan dengan subjek ini....Pn.Kasma sering memberikan pandangan dan idea untuk menambah menarikkan lagi projek kami. kami juga memikirkan cara untuk membuat board game dengan berkesan.

minggu 12 

makin hari makin banyak yang perlu diselesaikan sebab due date untuk submission pun dah dekat....hahahaha mcm tu lah nasib seorang pelajar lagi-lagi Fakulti Pengajian Pendidikan....macam biasa week 12 ni kami siapkan segala projek dan Pn.Kasma menilai board game, poster dan video

minggu 13 

pada minggu ini kami diberikan penerangan bagaimana membuat video dengan apps H5P. Sebuah apps yang menyediakan platform untuk menghasilkan interactive presentation slides, videos, and many more.

It help to put adding value to the video such as quiz can be added to the video regarding to what we are learning. I found this is sooooo interesting.

minggu 14

minggu ini kami akan membentangkan board game kami dan poster kami didepan puan kasma dan prof fauzi. finally dah masuk minggu 14.....minggu 14 ni kami present segala assignment dan boardgame yang ade...so Pn.Kasma yang lead untuk presentation ada kali ini...sekian saja untuk 14 minggu kelas ini...terima kasih Pn.Kasma...semoga ilmu yang diberikan bermanfaat dan dihalalkan....maaf jika ada salah silap..moga kita dapat berjumpa lagiii

gambar-gambar sepanjang kelas berlangsung